Click here if you like the post! ^^

Thursday, January 15, 2009

Ilmu

Pelajarilah ilmu
Mempelajarinya kerana takut pada Allah
Menuntutnya adalah ibadah
Membincangkannya adalah bertasbih
Mencarinya adalah jihad
Mengajarkan kepada yang tidak mengetahui
adalah sedekah
Memberinya kepada ahli adalah mendekatkan diri
kepada Allah

Kerana ilmu
Petunjuk halal dan haram
Menara kepada penghuni syurga
Teman di saat kesunyian
Rakan di masa keseorangan
Senjata menghadapi musuh
Perhiasan di saat bersama teman

Dengan ilmu
Allah mengangkat tinggi darjat kedudukan kaum
Allah jadikan mereka pemimpin
Jejak langkah mereka diikuti
Tingkah mereka diikuti
Perbuatan mereka dicontohi
Pendapat mereka sebagai pemutus

Kerana ilmu jua
Hati hidup dari kejahilan
Menjadi lampu ketika gelap

Dengan ilmu
Hamba mendapat kedudukan
Serta darjat yang tinggi disisi Allah

Sumber: Malah Dewan Siswa

No comments:

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net