Click here if you like the post! ^^

Thursday, January 1, 2009

Hakmilik

Salam buat semua. Memandangkan isu hak milik menjadi sangat penting terutama dalam penyebaran cetusan idea dan pendapat, jadi kat sini sy cuma ingin memberitahu beberapa polisi yang terfikir dek minda ni mengenai kandungan yang diletakkan dalam blog ini:

1. Sesungguhnya semua kandungan dalam blog ini adalah hasil karya yang saya minati dan saya rasa ingin berkongsi dengan rakan-rakan blog lain. Jika terdapat mana-mana artikel atau entry yang mengundang rasa tak puas hati atau mengandungi unsur2 yang tak sepatutnya, harap dapat beritahu, sebab kadang2 mungkin saya tak perasan.


2. Kebanyakan kandungan blog ini diambil dari majalah, suratkabar, artikel dari internet dan rakan-rakan saya sendiri. Saya akan cuba letakkan rujukan untuk setiap entry, tapi jika tiada rujukan itu mungkin dari inbox email saya yang tiada disebut empunya artikel. Jika anda rasa, ada antara mana-mana artikel yang kepunyaan anda dan mahu ia dikeluarkan dari blog ini, atau ingin nama anda diletakkan sebagai rujukan, sila hubungi saya untuk tindakan selanjutnya.


3. Sebarang idea baru atau pendapat yang ingin disumbangkan di dalam blog ini adalah amat dialu-alukan. Hasil karya dan idea anda akan disertakan. Anda boleh email kan pada saya : inspirasipuisi@gmail.com.


4. Kandungan blog ini adalah tidak lain hanyalah untuk koleksi saya dan rujukan masa depan juga berkongsi kepada kawan-kawan semua. Tiada sebarang penipuan atau spam.


Jadi, sampai-sampaikan pada kawan-kawan lain supaya saya dapat menambahkan koleksi inspirasi puisi saya ini. (^_^)


Sekian, terima kasih semua~~

No comments:

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net