Click here if you like the post! ^^

Monday, January 19, 2009

Anugerah Ilahi

Bayu timur laut menuju ke barat daya
dengan tujuan yang tidah diketahui manusia
namun tetap melaksanakan tugasnya
untuk mengimbangi alam semesta

Lautan biru terbentang luas
dipenuhi haiwan jinak dan buas
berenang di sana sini dengan bebas
tanpa penghalang atau batas

Tumbuh-tumbuhan hujau menutupi bumi
dengan berbagai-bagai jenis penghuni
dari yang besar hinggalah yang sekecilnya
inilah kurniaan Illahi untuk insan di bumi

Begitu besar nikmat Allah kepada kita
pemberian sangat bermakna
untuk semua golongan manusia
Allah Yang Maha Mulia dan Maha Kuasa

Oleh: Muhd Azfar Afif bin Ithnin
Sumber: Majalah Dewan Siswa

No comments: