Hari ini
Di mana-mana kita pergi
Ada pesta makanan
Beraneka rupa berlainan rasa
Sekaligus membuka selera
Untuk hidangan berbuka
Kuih muih dengan pelbagai nama
Lauk dengan pelbagai aroma
Air minuman pelbagai warna
Semuanya memikat rasa
Lalu kita boros berbelanja
Dan syaitan pun ketawa suka
Kerana berjaya digodanya
anak Adam yang alpa
Bulan Ramadhan
Ada bermacam pesta jualan
Makanan dan pakaian
Tapi jangan kita lupa
Bulan ini diberi pahala berganda
Setiap ibadat yang dikerjakan
Tak kira siang atau malam
PENA MUTIARA
Kuala Lumpur
Sumber: Majalah Wanita, November 2005
No comments:
Post a Comment