Click here if you like the post! ^^

Saturday, February 21, 2009

Di mana akhirnya

Di mana akhirnya
Cerita cinta kita
Di mana kesudahannya
Kasih yang dipuja

Setiap malam mencari
Siang termimpi-mimpi
Aku menghitung hari
Mencarii jawapan pasti

Di mana akhirnya
Kasih yang kau bawa
Di mana kesudahannya
Perit yang kurasa

Bagai mentari pagi
Hilang di sebalik mentari
Puas ku hitung hari
Namun masih tak pasti

Di mana akhirnya
Masih ku tertanya
Cerita cinta kita
Tetap kutanam dalam jiwa

Perplezz lime
Majalah Remaja (Oktober 2007)

Friday, February 6, 2009

Garden of Sunflowers

A garden of Sunflowers beckoned to me -
Come join us, my lady, and joyous you'll be!

We're large ones and small ones, some dainty and fair,
And even some delicate to wear in your hair.

We follow the sun, swaying slowly without a care,
We have a new dance that with you we will share.

Gently hold onto our leaves, allow us to lead the way,
To our Sunflower two-step, dancing throughout the day.

I couldn't resist them, so dandy a sight!
So off I did go in my Sunflower flight.

What a glorious time, right up til twilight,
And then I had to bid my Sunflowers good-night.So happy were we, a long day filled with fun,
Upon leaving I kissed them, each and every one.

So tender the moment, as I turned to leave.
With eyes brimmed with tears, could I truly believe?

OH! It was so true!! I then knew it to be!!!
I had to smile, 'cause they were all winking at me!!!!
~Author Unknown~

Sekawan Rerama

Sekawan rerama
Terbang tinggi mencari madunya
Dikelopak bunga yang kini semakin hilang
Ditelan pembangunan kejam
Hutan-hutan batu

Sekawan rerama
Terbang lagi mencari dedaun pohon
Untuk dihinggapi membuat sarang
Namun segala ranting kehidupan
Rapuh tersungkur
Di kaki pembalakan haram
Manusia menelan segala kekayaan anugerah Tuhan

Sekawan rerama
Terbang lagi
Dengan tekad penghijrahan
Kerana daerah tercinta kini
Menggamit sepi
Tiada lagi nyanyian unggas
Mewarnai rimba harapan ini

Sekawan rerama
Tertanya-tanya kini
Ke mana harus pergi?

By: Nor Sa’diah Sahir
Source: Majalah Dewan Siswa, Jun 2007

Jangan Berduka Cikgu

Jangan berduka cikgu
Jika budi yang kautabur
Tiada siapa menyanjungnya
Cukuplah jika sesekali ada muridmu
Berasa terhutang kepadamu
Setiap kali bersua di majlis perjumpaan

Jangan bersedih cikgu
Jika jasa yang kau curah
Tiada siapa mengenangnya
Cukupla jika sesekali ada muridmu
Tiba-tiba bertanya khabarmu
Setiap kali sambutan Hari Guru

Jangan berhiba cikgu
Jika bakti yang kaucurah
Tiada siapa menghargainya
Cukupla jika sesekali ada muridmu
Terpanggil menziarahimu
Setiap kali berkunjung ke alma-mater

Jangan bermurung cikgu
Jika khidmat yang kau luhur
Tiada siapa mewar-warkan
Cukuplah jika sesekali ada muridmu
Mendoakan agar kau sejahtera
Setiap kali menghantar anak ke sekolah

Jangan terkilan cikgu
Jika tiada gelar menghias namamu
Cukuplah sekadar panggilan cikgu
Kekal terukur di plak perkhidmatan
Dibawa bersemadi ke liang lahad

Jangan menyesal cikgu
Jika kerjaya murnimu tiada glamour
Cukupla sekadar menjana pahala
Dari setiap ilmu yang kau ajar
Kini dialir muridmu di sungai kehidupan

Di usia senjamu cikgu
Berkunjunglah kelorong kenangan
Imbaulah suara, tinjaulah telatah
Murid-muridmu yang tulus mengucapkan,
“Terima kasih, cikgu!”
Pada setiap kali kelas berakhir
Sambil membariskan wajah mereka
Yang kini berjaya menjadi ‘orang’

Berbahagialah wahai cikgu
Sesekali menjadi guru
Jadilah guru untuk selama-lamanya

Source: Majalah Dewan Siswa, 2007

Sahabat Pena di Jemari

Sebatang pena dijemari
Semua bias jadi
Sekalimah puisi
Sepotret berahi
Secalit diari
Sepotong ayat suci
Sekerat fitnah berabi
Sejernih nasihat tulus dari hati

Tapi akhirat nanti
Setiap itu dipersoal kembali
Setiap kejahatan dibalas api
Setiap kebaikan, nikmat tak bertepi

By: Adzim A, JAKIM
Source: Majalah Dewan Siswa, Mei 2007

Anggun 50

Aku bernyanyi dari kalbu
Senandung bangsa yang syahdu
Nafas harum tanah airku
Aku hayati bisik sungai
Sayup lembah dan gunung damai
Lara-ria rakyat merdeka
Denyut sayang tanah bertuah

Kibar gemilang jalur ayu
Mengiringi nyanyian merdu
Peluh permata pemimpinku
Anugerah suci yang santun
Merdeka lima puluh tahun
Aku nyanyi lagu itu
Demi kebanggaan bangsaku

Deru angin dalam mencabar
Sergah taufan luar meliar
Dijinaki bangsa yang sabar
Itulah sejarah yang anggun
Merdeka lima puluh tahun
Digarapi seranum pantun
Pencapaian santun serumpun

Azam dari akar ke umbi
Tekad kudus rakyat berbudi
Dijajah, ya; kini merdeka!
Tulus dikhusyuk doa redha
Mewangi halaman sejarah
Dan dengan bahasa berhemah
Diperluhur maruah bangsa

Aku syahdukan lagu ini
Aku syahdukan lagu ini.

By: A. Samad Said (9-12, disember 2006)
Source: Majalah Dewan Siswa, April 2007

Thursday, February 5, 2009

Cleanliness

Dead flies on the windowsills, the corpses now
of more than one summer, weightless but unstirred,
on the third story at the top of the stairs.

Impossible for her to climb them now.
Too much tiredness. But she will still
go there again some day, she promises.

Will rest the bucket and sponge on every step
and breathe, waiting for the water to stop
sloshing in the pail and her heart to stop beating.

Even if every step's an hour, a threat of death,
the attic will be clean again. We watch.
We notice the streaked tableware, the dust,

chipped things, and flecks of old food lying here,
on this first floor, its clearly dirty windows
beyond the ladder of her eyes, while in her words,

in her thought, only the lament goes on
for the space above, that it's filling up with webs,
that its contents, our pasts, are waiting to be given

or thrown away. And how much we'd give now
for the oppressive cleanliness that once
reached every day, angrily, into the least

and darkest corners of our childhood
to show us its vigour again, that fearful
enemy we won our best days in opposing.

By: A. F. Moritz
Source: Poetry Daily

Sahabat

Melihat matahari terbenam
tidak sugul tidak suram
mencari idea dan ilham
ketika munculnya malam

Teringat ketika bersamamu
umpama isi dengan kuku
lahir daripada hati yang terbuku
menusuk kedalam kalbu

Terkenang nostalgia lama
mengungkap seribu kata
teruntai sejuta makna
kenangan kita bersama

Andai kau terpaksa pergi
janganla aku kaulupai
peganglah kepada janji
pertemuan pasti kembali

By: Muhammad Hanif Syafiq Mohd Hafidz
Source: Majalah Dewan Siswa, September 2008

Ufuk Melukis Umbra

Arena pertempuran memercik
lava darah yang membuak
derita perlindungan diabai insan
hanya denyutan nadi dikawal rapi
agar tidak terhenti hina

Si kecil merangkak
lemah longlai persis tenaga diserap raksasa durjana
huluran simpati didamba
meniti kekerasan kerikil kemelut medan perang
nyawa dan darah diburu infantri
keruntuhan iktisad misi penjarah tak bermata
walau ufuk merah melukis umbra
walau jutaan air mata mengalir lesu
dengkimu tetap tak berakhir di situ

Berdas peluru terlontar
menjamah setiap inci lapisan daging tak berdosa
jeritan demi jeritan
tangisan demi tangisan
kemanusian mati di hujung tembakan akhirnya
terperosok diri dicelahan lubang dunia

Teduh awan menyejuk dunia
teduh hati merenyuk nurani
menghadirkan gerimis duka
yang terbit di celahan langit nirmala
bisakah manisan merdeka dihidu
sebelum kelopak mata tertutup
disamping hentian denyutan nadi?

Merdeka dan kebebasan diperjuang
biar terkoyak kulit di tubuh ini
asal maruah tak tercalar hina
biar bara merdeka kunyalakan
biar penindas kupenggalkan
agar merdeka syumul di sini
kekal segala sacral kebahagiaan
dan ketenangan

Merdeka!

Definition:
umbra – bahagian baying yang sangat gelap
iktisad – ekonomi
infrantri – pasukan tentera berjalan kaki

By: Siti Fatimah Mohd. Said
Source: Majalah Dewan Siswa, September 2008

Tanah Airku

Menjangkau usia jubli emas ini
terlalu banyak yang kausembunyikan daripadaku
sebuah derita berair mata
juga segugus ingatan manis
kau himpunkan dalam perdu rawan hatimu

Usah kaupendam pahit manis masa lalu itu
kisahkan kepadaku meski berbaur sengsara
atau pernah bersalut luka

Tanah airku yang ranum
inilah rimba perkasihan yang damai
tempat kita mengukir cinta
sebuah perjalanan yang tak terturap
kerana hari ini dan esok
masih banyak denai kehidupan
yang bakal kita jejaki

Selamat ulang tahun tanah airku
akan kudamba masa lalu ke hati
dengan kekinian dan masa depan
yang abadi

Tanah airku
inilah sebungkus ikhlas daripadaku
buka dan tataplah
di dalamnya akan kau temui
jantung dan kalbu hatiku

By: Shamsudin Othman
Source: Majalah Dewan Siswa

Rumahku Pulau Banjir

Rumahku
tenggelam bersama
air kotor hamis dan busuk

sampah sarap mengekang
perjalanan hakiki
suatu destinasi
impian diri

banjir rumahku
isi kandungannya ranap
menjamah aku suatu kerugian

dipaksa pula aku
tanggung buat selama-lamanya

By: nabiha mohd mashud
Source: Majalah Dewan Siswa

Wednesday, February 4, 2009

Senyuman

Senyum
senyuman seindah suria
yang bias membawa cahaya
senyumla dari hati
kerana duniamu kan berseri

Senyum
senyuman umpama satu titian
dalam kehidupan
senyuman membahagiakan
kau tersenyum
ku tersenyum
dan kemesraan menguntum

Dengan senyuman
terjalinla sebuah ikatan
senyumlah pada semua
kerana senyuman amatlah berharga

By: Rohani
Source: Majalah Dewan Siswa

Membelai Rindu pada Al-Quran dan Sejadah

Tenggang waktu lalu
rakus duniawi memperdaya
dan aku terpedaya
membuatkan aku lupa pada hakikat
maknawi cinta
kerana hatiku yang tak pernah mengenal rupa

Berlari tenggang lalu
setelah sebati tenggelam dalam
pentingnya dunia dan gelojoh nafsu buta
tiba saat tunduk melutut
menekur pada jernih keinsafan
menyelongkar persembunyian lalai
dan menghambat alpa
setelah bertahun lalu berpeluh lelah
padajerih mengejar keduniaan

Setelah tenggang berlari pergi
saat ini tiba membelai rindu
pada Al-Quran dan sejadah
mengharap agar tidak lagi tergelincir
ke dalam jurang cinta murah!

By: Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri
Source: Majalah Dewan Siswa

Tasbih Biru

Sebahagian hatiku kosong
dirobek bersama pemergian ayahanda
kedinginan dalam hatiku kian menusuk
tatkala memori silam menerajah benakku

Kutatapi kotak hitam lusuh
peninggalan ayahanda
jari-jariku menyentuh perlahan penutupnya
seutas tasbih biru terdampar jauh didasarnya

Kini kumengerti mesej pemberian ini
aku berjanji aku bersumpah
tasbih biru ini akan menjadi saksi
pengabadianku pada Yang Maha Esa
akan kubasahi lidahku dengan
puji-pujian pada Yang Satu
akan kukirimkan doa
untuk mengiringi ayahanda ke pintu syurga

By:
Eva Nuraizureen Mohd Yusoff
Sarah Hanis Rosli
Nur Liyana Yahya

Source: Majalah Dewan Siswa

Disebalik Wajahmu

Semalam
Kulihat wajah tuamu
Redup matamu menyimpan sejuta rahsia
Kau cuba meluahkan isi hatimu
Tapi pada malam itu
Jasadmu tidak bermaya lagi

Menunggu Kupu-kupu

Aku menunggu kupu-kupu
yang cantik singgah ke taman ini
Saban hari aku semakin sedih, pedih
Kubiar daun-daun gugur
Kubiar ranting-ranting bertabur
Kupu-kupu yang kutunggu
tidak jua muncul-muncul

Malam itu aku menjerit-jerit
pada bulan berwajah penuh, tinggi di langit
“Mengapa kau bulan cantik dan terang
di tamanmu pula berkelip jutaan bintang?”

Tidak percaya bulan turun perlahan-lahan
pada tangan nya ada pelbagai warna cahaya
“Jangan memekik-mekik anak muda”, kata bulan
“Inilah rahsiaku, lampu Sang Pencipta
membawa terang setiap kamar batin
milik mereka yang berusaha dan yakin”

Dengan lampu Sang Pencipta disisi
kubersihkan tamanku yang terbiar dan sepi
tiba-tiba kukaku, terharu saat terpandang
ribuan kupu-kupu berterbangan datang

By: Siti Zaleha M Hashim
Source: Majalah Dewan Siswa

Syair nya Orang-Orang Kuat

Bangun dan tinggalkanlah tidur panjang …
Sungguh Islam telah kembali …
Di jalan Allah kita telah berjalan dan mengumandangkan jihad …

Kelompok orang mukmin telah bangkit …
Dengan para pemuda yang jujur …
Dalam malam-malam nestapa mereka berjalan …
Di belakang Al Qur’an yang nyata …

Mereka tidak peduli dengan berbagai kesusahan
di antara taring-taring zaman …
Bangun dan tinggalkanlah tidur panjang …
Sungguh Islam telah kembali …
Di jalan Allah kita telah berjalan dan mengumumkan jihad …

Sampaikanlah kabar gembira kepada manusia …
Dengan subuh yang terbit dengan terang …
Wahai malam-malam para pendholim …
Wahai kehinaan orang-orang yang bermain …
Wahai kesia-siaan selama bertahun-tahun …
Telah datang janji yang nyata …
Kami telah datang kepada kalian dengan membawa senapan dan qur’an yang nyata

Source: ansharulhaq

Prince of Jihad

Aku
Apa gerangan yang dilakukan musuh pada diriku
Aku, sungguh surgaku ada di hatiku
Dan taman-taman yang indah ada di dadaku

Ia selalu terus ada tetap bersamaku
Dan selalu ikut kemana saja kepergianku
Tak seorangpun bisa merampasnya dariku

Aku, andai mereka sampai membunuhku
Maka itulah waktu khalwat bersama Tuhanku
Dan jika mereka berani membunuhku

Sungguh, itulah bentuk kesyahidan bagiku
Dan merekapun akan segera menyusul kepergianku
Dan jikalau mereka dari negeri ini mengugusurku
Maka ku anggap itulah bentuk wisataku

Aku adalah aku yang mengerti benar jalan hidupku
Aku takkan pernah peduli dengan orang yang mencelaku
Selagi Allah tetap ridha dan mencintaiku

Aku tahu bahwa thaghut tidak menyukaiku
Tapi itu tidak masalah selama aku ada di jalan Tuhanku
Dan mana mungkin syaitan menyukai ajaran Nabiku

Tauhid akan kujunjung di atas kepalaku
Dan Pancasila syirik kan ku injak dengan kakiku
Hukum ilahiy ku angkat tinggi dengan tanganku

Dan undang-undang kafir kan ku tebas dengan pedangku
Enyahlah hai hamba thaghut, kalian adalah musuh abadiku
Dan aku adalah musuhmu sepanjang hidupku

Bila kalian ragu dengan ajaran tauhidku
Dan merasa benar dengan ajaran musuh Tuhanku
Mari kita mati bersama ! kamu dan aku..

Source: Prince of Jihad

Graduation (Friends Forever) - Spice Girls

And so we talk all night
About the rest of our lives
Where we’re gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same

But when we leave this year
We won’t be coming back
No more hanging out cause
We’re on different track
And if got something that you need to say
You better say it right now
Cause we’re moving on
And we can’t slow down
These memories are playing like a film without stand

And I keep thinking of that night in June
I didn’t know how much love
But it came too soon
And there was you and I
Stay at home talking on the telephone
We’d get so excited
We’d so scared
Laughing at ourselves
Thinking life’s not fair
And this is how it feels

As we go on..we remember..
All the times we had together
As our life change come whatever
We will still be friends forever

So if we got the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes be funny
Multi-styled Text Generator at TextSpace.net